• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

 

TINJAU KEMUDAHAN DI TAMAN JUBLI PERAK DAN TAMAN PERANGINAN TASEK LAMA, BSB

E-mail Print PDF

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April  – Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini mengadakan lawatan kerja ke Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Taman Peranginan Tasek Lama, Bandar Seri Begawan.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau dan melihat secara lebih dekat lagi kemudahan-kemudahan awam yang baru disediakan dan dinaiktaraf oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan di Taman Peranginan Tasek Lama, Bandar Seri Begawan.

Last Updated on Tuesday, 15 April 2014 09:05 Berita Penuh...
 

PERLINDUNGAN TAKAFUL BAGI PENGHULU MUKIM, KETUA KAMPUNG DAN KETUA RUMAH PANJANG

E-mail Print PDF

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak Penyertaan Skim Perlindungan Takaful Berkelompok Bagi Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Lapangan Terbang Lama, Berakas hari ini.

Skim Perlindungan Takaful Berkelompok Bagi Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang Negara Brunei Darussalam adalah satu skim perlindungan takaful berkelompok yang dirangka khusus bagi Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang sebagai usaha dan inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi memberikan perlindungan khusus dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka sentiasa dipeduli dan diambil perhatian dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, mengambilkira akan bebanan tugas dan tanggungjawab dan juga risiko-risiko mereka dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Berita Penuh...
 

RIADAH DI BUKIT BATU BUJANG PAHANG DAN KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN DI KAMPUNG MENUNGGOL

E-mail Print PDF

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL - Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, hadir selaku tetamu kehormat di Aktiviti Riadah di Bukit Batu Bujang Pahang dan Kempen Keselamatan Kebakaran di Kampong Menunggol yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bertempat di Kampong Menunggol, Mukim Kota Batu. Acara ini adalah salah satu aktiviti acara bersempena sambutan ulang tahun Jabatan Bomba dan  Penyelamat ke 54 tahun.

Berita Penuh...
 

TERIMA KUNJUNGAN DUTA INDONESIA DAN LAO

E-mail Print PDF

BANDAR SERI BEGWAN, 10 APRIL - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman hari ini menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Souvanna Phouyavong dan kunjungan hormat Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar secara berasingan.

Last Updated on Saturday, 12 April 2014 12:08 Berita Penuh...
 

SAMBUTAN PERAYAAN HARI KEPUTERAAN MENJANA SEMANGAT PATRIOTISMA BERPEMERINTAHAN BERAJA

E-mail Print PDF

BANDAR SERI BEGAWAN, 09 April - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-68 Tahun yang berlangsung di Dewan Persantapan Lapau Bandar Seri Begawan pada hari ini.

Yang Berhormat Menteri di dalam ucapannya menyatakan “Sambutan Perayaan Hari Keputeraan adalah acara kebangsaan yang menjana semangat patriotisma berpemerintahan beraja. Ia melibatkan  rakyat dan penduduk tua muda, murid-murid sekolah, pelajar-pelajar dan mahasiswa pusat-pusat pengajian tinggi serta kalangan belia, dan melibatkan agensi-agensi Kerajaan serta swasta. Pendek kata acara-acaranya adalah tanda julangan kasih rakyat dan penduduk negara ini kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji ‘Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan penuh rasa gembira sambil bersyukur kepada Allah dan mendo’akan semoga dengan taufik serta hidayat  Allah Subhanahu Wata’ala akan mengukuhkan lagi kepimpinan  Baginda membawa negara, kerajaan dan rakyat serta penduduk sekalian kekal menikmati keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan pada landasan yang diredhai Allah.”

Attachments:
FileFile size
Download this file (Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan.pdf)Teks Ucapan403 Kb
Last Updated on Thursday, 10 April 2014 09:41 Berita Penuh...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 91

Galeri