Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPermohonan Mendapatkan Kebenaran Menerbitkan Majalah dan Suratkhabar

5.png


Lesen Penerbitan Majalah dan Suratkhabar​

  • ​Penerbitan-penerbitan majalah-majalah dan suratkhabar-suratkhabar tempatan adalah dikawal oleh Akta Suratkhabar Tempatan (Penggal 105).
  • Bertujuan untuk mengawal percetakan, penerbitan, pengeluaran dan penjualan suratkhabar di Negara ini.
  • ​Semua Suratkhabar-Suratkhabar Tempatan hendaklah mendaftar kepada pendaftar Suratkhabar iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan semua suratkhabar tempatan dan luar negeri hendaklah terlebih dahulu mendapatlan permit daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.


Bayar​​an Permit

  • ​​​Setiap permohonan untuk mendapatkan permit, sama ada untuk menerbit dan mencetak suratkhabar tempatan atau mendatang​kan buku/majalah dari luar negeri hendaklah terlebih dahulu membuat bayaran permit.

Bayaran Permit bagi suratkhabar tempatan sejumlah B$5,000.00 bagi setahun dan bagi majalah/buku dari luar negeri adalah mengikut jumlah/kuantiti ianya dimasukkan ke dalam Negara ini seperti berikut:-

Jumlah/​Kuantiti​​​​​

Bayaran Permit

Kurang daripada 200 naskah

​B$50.00

200 hingga 500 naskah

B$200.00

501 hingga 1,000 naskah

B$500.00

1,001 hingga 4,000 naskah

B$1,000.00

Lebih daripada 4,000 naskah

B$15,00​0.00



Bayaran wang cagaran (deposit) bagi penerbitan dan penjualan majalah tempatan adalah sebanyak B$20,000.00 dan bagi Suratkhabar Tempatan adalah sebanyak B$100,000.00 secara tunai.​​

Muat turun Borang Permohonan Bagi Mendapatkan Kebenaran Menerbitkan Majalah dan Suratkhabar Di Negara Brunei Darussalam.pdf