Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPermohonan Hiburan Awam

1. Tujuan Pengawalan 
Mengawal aktiviti-aktiviti di tempat-tempat hiburan orang ramai dan membolehkan pihak-pihak berwajib, iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah untuk melesenkan tempat-tempat hiburan bagi maksud pengawalan.  Hiburan Awam yang dikawal adalah meliputi hiburan-hiburan di mana orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai dapat masuk sama ada secara percuma atau dikenakan bayaran.

2. Pengawalan

  • Menurut peruntukkan Akta Hiburan Awam [Penggal 181];
  • Garispandu yang dikeluarkan daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkepentingan;
  • Peraturan-peraturan pentadbiran yang berjalan masa ini;

3. Klasifikasi Hiburan Awam

  • Persembahan

           Mengandungi muzik, nyanyian, tarian, lakonan, opera, anekaragam, gimnastik, acrobat, pertunjukan, peragaan dan perarakan.

  • Pameran dan Pertunjukan

           Mengandungi bunga api, alatan set, perhiasan, lukisan, pesta kerai'an, gambar-gambar manusia atau binatang, patung dan sarkas.

  • Pertandingan dan Peraduan

           Mengandungi pertandingan sukan, drama, bacaan dan deklamasi.

  • Khairat
           Mengandungi penjualan barang-barang bagi tujuan kebajikan.

  • Pameran Perdagangan
           Mengandungi pameran perdagangan khusus dalam negeri seperti penjualan hasil industri dan bahan sama ada khusus bagi dalam negeri atau luar negeri             (bertaraf antarabangsa).

  • Drama bacaan, deklamasi, kuliah, ceramah, ucapan, perbahasan dan perbincangan.

4. Hiburan Awam yang tidak termasuk dalam Kawalan Perintah Darurat (Hiburan Awam) 1997 ialah:

  • Hiburan Awam yang diadakan oleh Kerajaan atau manamana Jabatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang dibubuhkan di bawah sebarang Undang-Undang bertulis berkenaan dengan Kerajaan Tempatan (kuasa-kuasa tempatan);
  • Istiadat, upacara, perayaan Keugamaan di dalam bangunan;
  • Mesyuarat-mesyuarat syarikat awam, dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan, pemilik berdaftar atau pertubuhan yang dihadiri oleh ahli-ahli berdaftar atau pemegang saham sahaja.
5. Tiada sebarang Hiburan Awam boleh diadakan kecuali di suatu tempat yang dibenarkan atau menurut surat lesen yang dikeluarkan oleh Pegawai Melesen. 

6. Mana-mana orang yang mengadakan atau membantu mengadakan sebarang Hiburan Awam yang dikawal di bawah Perintah Darurat (Hiburan Awam) 1997 tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa Melesen Hiburan Awam jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000.00 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan-kesalahan kedua atau berikutnya, dikenakan dua kali hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu dan hukuman penjara tidak melebihi dari dua tahun penjara.

7. Di bawah kuasa yang diberikan kepadanya dalam Bab 13(1) Perintah Darurat (Hiburan Awam) 1997, Pegawai Melesen boleh atas budi bicaranya menolak sebarang permohonan untuk mendapatkan suatu lesen.​

1.png

2.png
Garispandu Mengadakan Acara Persembahan di Kawasan Yang Berdekatan dengan Masjid, Surau dan Balai Ibadat

Garispandu Bagi Hari-Hari dan Tarikh-Tarikh Yang Tidak Dibenarkan Untuk Mengadakan Hiburan

Bulan-Bulan/Tarikh-Tarikh (Block-Out Date) Yang Tidak Dibenarkan Bagi Mengadakan Aktiviti Hiburan Awam Bagi Tahun 2019M Berpandukan Takwim Hijrah 1440H/1441H