Tugas dan Tanggungjawab- Menimbangkan permohonan dan mengawasi hal ehwal perlesenan hiburan awam (pertunjukan/pementasan/ pameran).
- Menimbangkan permohonan bagi kutipan derma dan tajaan.
- Menimbangkan permohonan untuk menerbitkan buku-buku, majalah dan bahan-bahan cetak dari luar dan dalam negeri.
Peruntukan Akta - Akta Penapisan Gambar-Gambar, Filem dan Hiburan Orang Ramai (Penggal 69);
- Akta Hiburan Awam (Penggal 181);
- Akta Suratkhabar (Penggal 105);
- Akta Terbitan-Terbitan Yang Tidak Diingini (Penggal 25)
Penapisan Gambar-Gambar, Filem dan Hiburan Orang RamaiObjektif Penapisan- Melindungi kepentingan Kerajaan dan masyarakat;
- Pengaruh negatif;
- Memelihara moral, Agama dan Adat Istiadat;
- Memelihara nilai dan kualiti filem;
Akta Penapisan Gambar-Gambar, Filem dan Hiburan Orang Ramai- Penapisan dilaksanakan oleh Ahli-Ahli Panel Penapisan;
- Lantikan Ahli-Ahli Panel ini dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dengan limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi tempoh dua (2) tahun secara perwartaan;
- Lantikan keahlian terdiri dari bekas pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang pernah memegang jawatan-jawatan kanan;
- Keahlian Ahli ditambah dengan lantikan wakil yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang masih dalam perkhidmatan kerajaan bagi mewakili Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kementeria Hal Ehwal Ugama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Pasukan Polis Diraja Brunei.
- Setiap penapisan akan dikenakan bayaran sejumlah B$100.00
|