Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Iklan KHEDN

Manage PermissionsManage Permissions

Bilangan Iklan:

KHEDN/BPE/Q1045/2019

​Repair Works To Existing Hanging Decorative Lights Along and Across Jalan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien for HM's 73rd Birthday

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 26/06/2019

Maklumat Perhubungan:

Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut;
  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat/Pemborong-Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas I & II dalam Kategori E03 SAHAJA di Negara Brunei Darussalam.

  2. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Bahagian Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Negara Brunei Darussalam.

  3. Bagi Syarikat/Pemborong yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Jabatan Peguam Negara, Negara Brunei Darussalam dan juga menyertakan salinan sijil pendaftaran Kontraktor Dan pembekal, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam yang masih sah laku.

  4. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Syarikat atau Pemborong.

  5. Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam
    Peti Sebutharga
    Aras Bawah
    Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
    Jalan James Pearce
    Bandar Seri Begawan
    Negara Brunei Darussalam
  6. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.

  7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.​
Attachments
Created at 17/06/2019 10:51 by Nusratina Binti Hj Md Daud
Last modified at 17/06/2019 10:51 by Nusratina Binti Hj Md Daud