Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Iklan KHEDN

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

Bilangan Iklan:

KHEDN/UTM/Q1001/2021

​​THE SUPPLY AND DELIVERY OF COLOUR PRINTER FOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS

Tarikh dan Masa Ditutup:

12:00PM, 28/04/2021

Maklumat Perhubungan:

Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut:

  1. Tawaran sebutharga hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat ICT yang mempunyai kepakaran dalam perlaksanaan projek-projek ICT.
  1. Bagi Syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam, atau sijil pendaftaran perniagaan dan juga menyertakan salinan borang pembayaran tuntutan melalui Bank (EFT).
  1. Tawaran-tawaran mestilah menggunakan borang-borang tawaran yang bercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga boleh menghubungi Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui e-mel di moha.it@egc.gov.bn.

 

  1. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran sebutharga, nama tawaran sebutharga dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Syarikat.
  1. Semua tawaran sebutharga hendaklah dialamatkan dan dimasukkan kedalam:


Peti Kotak Sebutharga
Aras Bawah
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan James Pearce
Bandar Seri Begawan, BS8610
Negara Brunei Darussalam

 

Tidak lewat dari jam 12.00 petang pada hari Rabu, 28 April 2021.

 

  1. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.
  1. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.

       8.   Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut sila hubungi Unit Teknologi Maklumat di talian 2223225 ext 150.


Attachments
Version: 1.0
Created at 20/04/2021 13:32 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad
Last modified at 20/04/2021 13:32 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad