Berakas, Rabu 10 Januari 2018 – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, telah mengadakan sesi muzakarah dan perjumpaan bersama dengan Pengerusi-Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Lembaga Bandaran Tutong yang telah dilantik bagi tempoh 2 tahun iaitu dari 2017 hingga 2019 atas kurnia perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui'zzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sesi muzakarah dan perjumpaan yang telah diadakan di Jabatan Daerah Brunei dan Muara tersebut adalah bertujuan untuk beramah mesra dengan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Bandaran serta Ahli-Ahli yang telah dilantik bagi tahun 2017 hingga 2019 dan seterusnya Yang Berhormat Menteri juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Lembaga Bandaran yang tahun lepas yang telah memberikan pandangan dan
Sesi Muzakarah tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Adanan bin Haji Ahmad, Ketua Guru Ugama, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Yang Berhormat Menteri dalam ucapan alu-aluannya menyatakan kepentingan untuk memberi perhatian berat kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Awal Tahun Baru Masihi 2018. Dalam petikan Titah tersebut Yang Berhormat Menteri menyatakan 3 perkara utama iaitu mengenai
(a) Detik gemilang Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta dimana sambutan tersebut mencerminkan keharmonian hidup bermasyarakat di negara ini yang mana perlu kita pertahankan supaya negara terus kekal dalam aman dan makmur untuk diwarisi oleh generasi demi generasi.
(b) Wawasan Brunei 2035 dimana harus memastikan bahawa langkah kita tidaklah ke mana-mana, melainkan hanya terarah kepada sasaran sahaja, sehingga tercapainya matlamat 'Brunei Maju'
(c) Kerjasama erat semua pihak yang amat diperlukan kerana dengan kerjasama inilah akan menjadikan iklim perniagaan dan perusahaan bertambah mudah, sekaligus akan menjadikan negara juga lebih menarik di mata pelabur-pelabur asing.
Selain daripada itu Yang Berhormat Menteri juga menaruh harapan yang tinggi kepada Pengerusi-Pengerusi serta Ahli-Ahli Lembaga Bandaran untuk sama-sama memikirkan akan rancangan-rancangan yang boleh mengubah wajah Lembaga Bandaran, menjadikan Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Seria serta Tutong pusat bandar yang vibrant, ceria, bersih dan dapat menarik pengunjung-pengunjung dan membantu menjana perkembangan ekonomi, sekurang-kurangnya bagi pengusaha mikro, kecil dan
Disamping itu juga Yang Berhormat Menteri menekankan diantara kriteria menilai status pusat bandar ialah kebersih. Oleh itu perlulah difahami bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua yang berkenaan iaitu pemilik bangunan, pusat komersil, bengkel-bengkel, kedai-kedai dan gerai-gerai perniagaan untuk memastikan kawasan masih-masing adalah
Yang Berhormat Menteri seterusnya mengongsikan didalam ucapan alu-aluan beliau mengenai pencapaian Bandar Seri Begawan diperingkat antarabangsa yang mana Bandar Seri Begawan berada ditangga 100 dalam 'global ranking of most liveable cities' dan 'Southeast Asia's third most liveable city' selepas Singapura dan Kuala Lumpur. Kajian tersebut telah dibuat oleh Economist Intelligence Unit
Turut hadir Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin Timbalan- Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan.