Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SISTEM KAD PENGENALAN BARU JABATAN IMMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

immigresen 3.png

  1. Merujuk Siaran Akhbar Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertarikh 20hb Zulkaedah 1443 bersamaan dengan 20hb Jun 2022 berkenaan dengan fasa peralihan Sistem Pendaftaran Kad Pengenalan yang lama untuk di naik taraf kepada sistem baru. 
     
  2. Sehubungan dengan itu, JIPK sukacita memaklumkan bahawa Sistem Kad Pengenalan baru akan mula beroperasi secara berperingkat-peringkat di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan cawangan-cawangan bermula pada hari Rabu, 12hb., Muharram 1444 bersamaan dengan 10hb., Ogos 2022. 
     
  3. Pada peringkat percubaan ini, pendaftaran hanya dibukakan kepada mereka yang baru mencapai umur 12 tahun khusus bagi Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan. Borang Pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman sesawang JIPK www.immigration.gov.bn
     
  4. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dari masa kesemasa akan mengeluarkan kenyataan bagi pendaftaran-pendaftaran peringkat seterusnya.
     
  5. Dalam pada itu, JIPK seterusnya memaklumkan bahawa kaunter-kaunter pendaftaran di Pejabat Cawangan-Cawangan JIPK di Daerah Belait, Daerah Temburong dan Daerah Tutong akan ditutup pada jam 12 tengah hari, 9hb., Ogos 2022 bagi membolehkan persiapan-persiapan dibuat untuk memastikan pendaftaran dengan menggunakan sistem baru berjalan dengan lancar.
     
  6. Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi melalui emel info@immigration.gov.bn atau talian seperti berikut;

Ibu Pejabat dan Cawangan Temburong7299550, 7299586 (WhatsApp)
Cawangan Kuala Belait7299597 (WhatsApp)
Cawangan Tutong4221251 (waktu pejabat)

 
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh  :   8hb., Ogos 2022
Rujukan: IMM/PPA/PRO/13/Pt2

Created at 09/08/2022 08:15 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 09/08/2022 08:21 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong