Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

RAPTAI PENUH MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT DAN PENDUDUK DI DAERAH TEMBURONG

photo1658014542.jpeg

Raptai penuh Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 bagi Tahun 2022 telah diadakan pada hari Selasa, 12 haribulan Zulhijjah 1443 bersamaan dengan 12 haribulan Julai 2022 bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.

Hadir bagi menyaksikan raptai penuh berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022.

Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pemangku Pegawai Daerah Temburong; dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Tahun Bagi Daerah Temburong.

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong akan diadakan pada hari Selasa, 19 haribulan Zulhijjah 1443 bersamaan dengan 19 haribulan Julai 2022 bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.

Orang ramai yang berhasrat untuk hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong adalah dikehendaki untuk mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) seperti berikut:

- Kesemua individu dikehendaki melakukan ujian ART sebelum hadir ke Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar dan memuat naik keputusan ART ke aplikasi "BruHealth" atau menggambar keputusan ART dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing dengan menulis nama, hari, tarikh dan jam;

- Hanya individu yang mendapat keputusan negatif sahaja yang dibenarkan masuk;

- Dimestikan sentiasa memakai sungkup muka (facemask);

- Digalakkan mensanitasi tangan;

- Tidak bersalam-salaman;

- Sentiasa melaksanakan penjarakan fizikal; dan

- Individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk selesma, masalah pernafasan dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis.

photo1658014542 (2).jpegphoto1658014542 (2).jpeg

Created at 17/07/2022 07:40 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 18/07/2022 07:47 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong