Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

​​MAJLIS IBADAH KORBAN BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI DALAMNYA BAGI TAHUN 1443H / 2022M ANJURAN JABATAN BURUH

photo1657678159.jpeg

Majlis Ibadah Korban bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya anjuran Jabatan Buruh telah diadakan pada hari Selasa, 12 haribulan Zulhijjah 1443 bersamaan dengan 12 haribulan Julai 2022 bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Adha bertempat di Dewan Tripartite, Ibu Pejabat Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan.

Sebanyak empat (04) ekor kerbau telah dikorbankan pada tahun ini yang mana daging-daging korban tersebut telah diagih-agihkan kepada penerima asnaf / fakir miskin dibawah tadahan Mukim Berakas, Daerah Brunei dan Muara; peserta Ibadah Korban; dan warga kerja Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin Bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, selaku Tetamu Kehormat Majlis.

Majlis turut diserikan dengan bacaan Takbir Hari Raya yang dibawa oleh Pasukan Takbir Jabatan Buruh, dan seterusnya Ceramah Khas Sempena Majlis Ibadah Korban yang disampaikan oleh Penceramah Undangan iaitu Yang Mulia Ustaz Muhd Yussof bin Abdul Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.

photo1657692095.jpegphoto1657678738.jpegphoto1657678987.jpeg

Created at 17/07/2022 07:00 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 17/07/2022 07:03 by Kartini Binti Yakub