Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI BENGKEL TATACARA MELAKSANAKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KALI 1/2022

IMG_8266.JPG

1.Seramai 40 orang pegawai-pegawai jabatan-jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengikuti bengkel tatacara melaksanakan penguatkuasaan undang-undang kali ke 1/2022 pada hari Khamis, 07 Zulhijjah 1443 bersamaan dengan 07 Julai 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Tingkat 6, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

2.Pembukaan rasmi bengkel telah disempurnakan oleh Awang Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir adalah Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

3.Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi: 

3.1 Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pegawai dan kakitangan yang diberikan kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan undang-undang; 

3.2 Mendedahkan pegawai dan kakitangan berkenaan di dalam menjalankan peranan dan pelaksanaan penguatkuasaan; dan

3.3 Memastikan setiap pegawai dan kakitangan akan menggunapakai Akta dan Pertaturan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

4. Bengkel berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang mana memfokuskan kepada pembelajaran dalam bidang berkaitan penguatkuasaan iaitu tatacara operasi, penyiasatan dan pendakwaan.

IMG_8273.JPGIMG_8270.JPGIMG_8261.JPG

Created at 07/07/2022 12:50 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 17/07/2022 06:45 by Kartini Binti Yakub