Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA BERMULANYA RUANG NIAGA PROJEK TUNAS

IMG_8057.JPG

Majlis Membaca Doa Kesyukuran Sempena Bermulanya Ruang Niaga Projek Tunas di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah diadakan pada hari Selasa, 05 haribulan Zulhijah 1443 bersamaan dengan 05 haribulan Julai 2022 bertempat di Ruang Legar, Lantai Bawah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 


Projek TUNAS adalah kecambah kepada pertumbuhan program keusahawanan yang disediakan kepada golongan asnaf dan sasaran di bawah Program Pembangunan Modal Insan menerusi inisiatif di antara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Projek TUNAS menyediakan ruang niaga (marketplace) sebagai platform untuk memberikan peluang kepada para peserta program ini untuk mempraktikkan kemahiran dalam perniagaan sebenar setelah menjalani Bengkel, Seminar, Kursus dan Kelas Keusahawanan secara teori.


Bank Islam Brunei Darussalam akan menyediakan klinik pembangunan keusahawanan, latihan asas keusahawanan, bantuan dari segi pengurusan modal, penjenamaan dan kawalan kualiti produk, serta perkhidmatan pelanggan.


Sasaran peserta termasuk peserta Lepasan Program BIBDSEED; Konsortium Mualafpreneurs; Gabungan Usahawan Transformasi 1K1P; dan Peserta Program Keusahawanan YSHHB.


Usahawan Transformsi 1K1P yang mengikuti projek TUNAS ini termasuk Nor..M Enterprise @norm.bn Embun @embun_kamara Rania enterprise @dayang.crackers


IMG_8069.JPGIMG_8123.JPGIMG_8099.JPG

Created at 06/07/2022 10:59 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 06/07/2022 10:59 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong