Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TARAF KERAKYATAN KALI KE-35

03.JPG

  1. Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-35 yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah diadakan pada hari Selasa, 05 haribulan Zulhijjah 1443 bersamaan dengan 05 haribulan Julai 2022 bertempat di Dewan Persidangan Bridex Jerudong.
     
  2. Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-35 telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada 442 orang penerima Sijil Taraf Kerakyatan yang telah mendapat limpah kurnia perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
     
  3. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. 02.JPG08.JPG13.JPG
Created at 06/07/2022 10:40 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 06/07/2022 10:45 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong