Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENGIBARAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-76 BAGI TAHUN 2022

INFODEPT10-009 (1).jpg

Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 bagi Tahun 2022 telah diadakan pada hari Jumaat, 01 haribulan Zulhijjah 1443 bersamaan denga 01 haribulan Julai 2022 bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Upacara penerimaan dan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam berukuran 3.7mx7.5m  telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Tetamu Kehormat Majlis, yang mana seterusnya diikuti dengan penaikan dan pengibaran bendera. Majlis juga diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara  Brunei Darussalam berukuran 2.5mx1.2m dan Poster-Poster Sempena Sambutan  Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 bagi Tahun 2022 kepada Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan Pemangku Pegawai-Pegawai Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Upacara Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam di daerah-daerah juga diadakan dan diteruskan dengan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim di daerah berkenaan sejurus selepas Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi Daerah Brunei dan Muara ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pengajian Teras), Kementerian Pendidikan; bagi Daerah Belait ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; bagi Daerah Tutong ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan; dan bagi Daerah Temburong ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap (Dasar dan Fiskal), Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Dengan berkibarnya Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan bermulanya pengibaran bendera peribadi masing-masing bagi Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniakan gelaran; dan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi orang ramai dan juga termasuk di bangunan-bangunan dan premis-premis perniagaan sehingga 31 haribulan Julai 2022. 

IMG_8004.JPGIMG_7976.JPGIMG_7950.JPG

Created at 02/07/2022 09:52 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 02/07/2022 09:53 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong