Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT KEDUA JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-76 BAGI TAHUN 2022

05.JPG

1. Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022 telah diadakan pada hari Rabu, 29 haribulan Zulkaedah 1443 bersamaan dengan 29 haribulan Jun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat West Wing, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

2. Mesyuarat membincangkan laporan perkembangan persediaan daripada Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja termasuk mengongsikan susunan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022 seperti berikut:

 

2.1       Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada hari Jumaat, 01 haribulan Julai 2022, bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan;

 

2.2       Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada hari Ahad, 31 haribulan Julai 2022 bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan;

 
2.3       Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Maghrib Dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaasin, Tahlil Dan Do'a Kesyukuran akan diadakan di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong pada hari Khamis (malam Jumaat), 14 Julai 2022;

2.4       Istiadat Perbarisan Kehormatan akan diadakan pada hari Jumaat, 15 haribulan Julai 2022 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan;

2.5       Istiadat Mengadap Dan Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada hari Jumaat, 15 haribulan Julai 2022 bertempat di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, iaitu sebaik sahaja selesainya acara Istiadat Perbarisan Kehormatan. 

2.6       Majlis Santap Malam akan diadakan pada hari Sabtu (malam Ahad), 16 haribulan Julai 2022 bertempat di Istana Nurul Iman; 

2.7       Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di keempat-empat daerah akan diadakan seperti berikut:-

2.7.1    Di Daerah Temburong akan diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar pada hari Selasa 19 haribulan Julai 2022;

2.7.2   Di Daerah Belait akan diadakan di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait pada hari Khamis, 21 haribulan Julai 2022;

2.7.3   Di Daerah Brunei dan Muara akan diadakan Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada hari Ahad, 24 haribulan Julai 2022; dan

2.7.4   Di Daerah Tutong akan diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong pada hari Selasa, 26 haribulan Julai 2022 Masehi.

2.8       Pemasangan pintu gerbang utama termasuk penyalaan lampu-lampu cucul di Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan di kawasan-kawasan lain akan bermula pada 01 haribulan Julai 2022 hingga 31 haribulan Julai 2022.


3. Pengibaran bendera peribadi masing-masing bagi Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniakan gelaran dan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi orang ramai dan juga termasuk di bangunan-bangunan dan premis-premis perniagaan akan bermula pada 1 haribulan Julai 2022 hingga 31 haribulan Julai 2022.


4. Turut berangkat dan hadir ke Mesyuarat berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Md. Said; Yang Mulia Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Yang Mulia wakil Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai Daerah, Pemangku Pegawai-Pegawai Daerah dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Bagi Tahun 2022. 

01.JPG06.JPG02.JPG

Created at 30/06/2022 09:06 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 30/06/2022 09:06 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong