Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI MENERIMA KUNJUNGAN HARI RAYA DARIPADA TUAN YANG TERUTAMA DR MOHAMAD MALIKI BIN OSMAN, MENTERI NEGARA KANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN KEMENTERIAN EHWAL LUAR NEGERI, REPUBLIK SINGAPURA DAN ISTERI

WhatsApp Image 2019-06-08 at 9.23.31 AM (3).jpeg

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Jun 2019 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menerima kunjungan hari raya daripada Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman, Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura (Senior Minister of State, Ministry of Defence and Ministry of Foreign Affairs, Republic of Singapore) dan isteri, Puan Sadiah Shahal beserta rombongan bertempat di kediaman Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di Kampong Manggis.

Turut menyertai rombongan Tuan Yang Terutama ialah Anggota-Anggota Parlimen, Puan Joan Pereira dan Tuan Henry Kwek.

Tuan yang Terutama diiringi oleh Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, dan Raymond Chow Hee Chung, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

Kunjung mengunjung sempena sambutan hari raya tersebut adalah sebagai tanda hubungan mesra dan muhibah antara kedua-dua buah negara yang telah lama terjalin.
Created at 14/06/2019 17:13 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 14/06/2019 17:13 by Kartini Binti Yakub