BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Majlis Membaca Surah Yassin Dan Tahlil Bagi Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri
Pengiran Anak Damit Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan
Dibawahnya Serta Majlis-Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Tahun 1440H/ 2019M telah
diadakan pada hari ini, 03 Ramadhan 1440H bersamaan 09 Mei 2019M bertempat di Kubah
Makam Diraja, Jalan Tutong.
Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Yassin dan seterusnya diikuti
dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Malik bin Haji Jumat, Pegawai
Hal Ehwal Masjid. Seramai kira-kira lebih 250 orang telah menghadiri majlis ini.
Majlis Membaca Surah Yassin Dan Tahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien Dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Rombongan Kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Serta Majlis-Majlis Perundingan
Mukim Dan Kampung adalah program tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan
Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan lagi suasana dan melipat gandakan pahala di
bulan Ramadhan yang mulia ini.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Negara, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah),
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin Timbalan
Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang
Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah),
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai
dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya, serta
Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dari keempat-empat Daerah
